Menjual buku-buku dan bahan bacaan khusus untuk anak-anak berumur 0-6 tahun. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku, kad imbas, vcd pembelajaran, softbooks dan vcd game interaktif ada di sini. Untuk sebarang tempahan/pertanyaan boleh hubungi saya, Zulaili di: 014-5441066 atau boleh juga hantarkan email ke: zue212@yahoo.com Kami juga menyediakan perkhidmatan belian borong bagi guru tadika/taska atau bagi yang ingin menjual seperti kami. Diskaun belian borong adalah dari 20-40%.
Jumaat, 19 Oktober 2012
Mengajar bayi membaca
Assalamualaikum
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan kesihatan yang diberikan.
Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu daripada pembacaan yang dilakukan.
Bolehkah bayi membaca? Tak pernah saya terfikir untuk mengajar bayi saya membaca. Tetapi apabila saya membuat carian di internet, rupa-rupanya anak-anak boleh diajar membaca seawal usia 3 bulan.
Kajian telah banyak dilakukan oleh pengkaji-kaji luar negara dan terbukti bayi-bayi yang diajar membaca seawal usia 3 bulan, boleh melahirkan kansk-kanak yang bijak dan lebih berdikari.
Macamana agaknya nak ajar anak seawal usia ini yer? Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memperkenalkan huruf dan bunyi-bunyi huruf. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kad imbas dan video-video berunsurkan pendidikan.
Kad imbas boleh dibeli dimana-mana kedai buku. Video-video pula banyak boleh diperolehi di Youtube. Apabila anak-anak dah nampak mula boleh menyebut huruf-huruf dan bunyi huruf, bolehla dimulakan dengan mengeja pula.
Untuk mengeja juga boleh gunakan kad imbas dengan kombinasi huruf-huruf. Cuba tarik minat anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti menggunakan kad-kad tersebut.
Bila anak-anak sudah kelihatan bosan dengan kad imbas, bolehlah diperkenalkan buku-buku yang dikhususkan untuk mengajar anak-anak membaca. Terdapat pelbagai buku dipasaran yang boleh digunakan untuk tujuan ini.
Semoga dengan kaedah-kaedah yang dicadangkan ini kita sama-sama dapat mengajar anak-anak membaca seawal usia yang boleh. Saya sendiri pun dalam proses untuk mencuba kaedah-kaedah ini. Semoga ianya berhasil.
Wallahua'lam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan