Jumaat, 18 Januari 2013

Khas untuk ibubapa

sumber: http://anakkita.com.my/blog/

Kebanyakkan Ibubapa zaman sekarang masih menganggap bahawa Tadika ( Kindergarten ) adalah satu pusat pengajaran yang pertama bagi anakkita untuk mula belajar apa yang sepatutnya di pelajari oleh anakkita supaya mereka bersedia sebelum melangkah ke alam persekolahannya kelak nanti. Namun masih ramai Ibubapa LUPA bahawa kita adalah Guru mereka yang pertama di rumah dan Tadika adalah satu tempat untuk anakkita berkumpul dengan kanak-kanak lain untuk bersuka ria dan belajar tentang diri dan kebolehan mereka dengan cara mereka tersendiri tanpa bantuan orang lain seperti menyesuaikan diri dalam pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain.

Pergaulan seperti ini akan mengajar anakkita untuk mula mengenali diri dan kebolehan mereka sendiri dengan lebih mendalam lagi.Dan daripada persekitaran mereka,anakkita juga belajar hidup berdikari dan daripada pergaulan ini juga anakkita akan mula belajar untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak yang lain melalui persahabatan dan akan mempunyai satu keyakinan pada diri sendiri dan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa jua perkara yang di minta oleh Guru atau rakan mereka dengan rela hati.

Ianya bukan bererti kita menghantar anakkita ke Tadika supaya mereka akan pandai dan kita boleh bangga dengan pencapaiannya dalam ujian mereka kerana apa yang di pelajari oleh anakkita daripada Guru,Pergaulan dan persekitaran mereka semasa di Tadika adalah jauh lebih bermakna dan penting kepada anakkita daripada hanya pangkat A dalam ujian mereka.





MINI DATA,

Ibubapa memainkan satu peranan penting dalam pendidikan anakkita untuk masa depan mereka,Sebagai seorang Ibubapa kita mesti memupuk dan menyemaikan satu keinginan dalam diri anakkita untuk ingin dan suka belajar.Jika anakkita mempunyai satu keinginan untuk belajar maka anakkita akan capai apa yang mereka impikan dalam hidup mereka dengan usaha mereka sendiri dan jika anakkita TERPAKSA belajar atas kemahuan kita maka anakkita akan ketinggalan banyak perkara dalam hidup mereka dan tidak mempunyai semangat untuk berusaha kerana itu bukan keinginan mereka .



Apabila anakkita mula memasuki ke alam persekolahannya di Tadika,ia akan menimbulkan beberapa tanda tanya kepada Ibubapa samada anakkita bersedia atau tidak,dan soalan yang paling ketara adalah “ Pada usia bilakah anakkita bersedia ke Tadika ?” Kajian menunjukkan bahawa apa yang lebih penting daripada usia sebenar adalah di mana kanak-kanak itu mempunyai usia yang sebaya dengan rakan-rakannya di kelas mereka.Jika seseorang kanak-kanak itu lebih muda daripada rakan-rakan yang lain dalam kelas mereka maka ia akan memberi satu tekanan kepada emosi dan sosial anakkita dalam penyesuaian mereka untuk bergaul.Secara tidak langsung penyesuaian sosial yang lemah daripada anakkita untuk bergaul akan memberi satu tingkah laku atau respon yang negatif malah ia juga akan menjejaskan keyakinan diri mereka untuk belajar dan akibatnya peluang untuk anakkita berjaya di sekolah akan menurun daripada meningkat.

Akan tetapi,Perkara seperti ini kita mungkin dapat elakkan jika anakkita datang daripada keluarga di mana Ibubapa selalu meluangkan banyak masa dengan anak mereka untuk mengajar,berbual,bermain dan mendedahkan mereka kepada banyak perkara serta persekitaran yang memberangsangkan akan membina satu keinginan dalam diri anakkita untuk ingin tahu,bergaul,berani untuk mencuba dan yakin pada diri sendiri dan percaya dengan kebolehan mereka untuk belajar menyesuaikan diri dikalangan kanak-kanak yang lebih tua daripada mereka.





INGAT,

Jangan kita sekali kali menghantar anakkita ke Tadika dengan harapan mereka akan berjaya tanpa bantuan kita di rumah kerana ia akan membawa lebih keburukkan daripada kebaikkan kepada anakkita.



Setakat ini tiada ada sebarang kajian yang menunjukkan penilaian di lakukan kepada kanak-kanak yang lebih muda mengalami kesukaran dalam perkembangan akademik mereka.Walaupun ada beberapa pusat pengajaran yang mengamalkan ujian untuk memastikan kepintaran IQ seseorang kanak-kanak yang lebih muda sebelum dia di benarkan ke Tadika.Selalunya kanak-kanak tersebut akan dapat melakukan dengan baik malah mungkin lebih baik dari rakan mereka yang lebih tua daripada mereka.Walau bagaimanapun kanak-kanak tersebut nampak seperti boleh mencapai kejayaan pada peringkat rendah namun jika kita menunggu setahun lagi untuk memasukkannya ke tadika seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka,Kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan capai jauh lebih baik pencapaiannya berbanding daripada setahun awal.

Baru-baru ini Badan Kerajaan mahupun swasta meningkatkan tahap usia kemasukkan Tadika supaya kanak-kanak lebih bersedia untuk mengharungi kehidupan mereka sebagai seorang murid.Ini kerana banyak faktor yang perlu dipastikan seperti usia minda dan kematangan pergaulan sosial anakkita sebelum mereka menerima pengalaman persekolahan kerana ia lebih bagus untuk menunggu setahun lagi daripada kita meletakkan anakkita dalam situasi di mana mereka mungkin belum bersedia lagi.





INGAT,

Kita sebagai Ibubapa harus meneliti kepada semua faktor sebelum memilih sesebuah Tadika untuk anakkita.Jika kita menghantar anakkita ke Tadika yang baru pada setiap tahun mengikut kehendak kita tanpa memikirkan kesannya terhadap mereka dan apabila perubahan ini berlaku seperti Tadika,Guru dan Kawan-kawan yang baru, kemungkinan besar ia akan memberi satu tekanan emosi kepada anakkita untuk belajar malah mungkin menjejaskan prestasi mereka dalam pembelajarannya kerana anakkita terpaksa menghadapi semula perasaan takut mereka untuk menyesuaikan diri di suasana yang baru.Jangan lupa bahawa perkembangan dan peningkatan anakkita dalam pembelajaran sebenarnya bergantung pada usaha kita sebagai guru mereka yang pertama bukan Tadika baru mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan