Rabu, 31 Oktober 2012

Agen/Belian Borong

Assalamualaikum..

Sekarang saya menjadi pengedar buku-buku terbitan ReadNetwork.

Bagi yang berminat membuat pembelian borong bolehlah menghubungi saya di edakwah212@gmail.com atau zue212@yahoo.com

Diskaun yg diberikan bergantung kepada jenis item/bilangan item..

Kadar diskaun yg diberikan ialah:

10-20 buah: 20%
21-30 buah: 25%
31-40 buah: 30%
41 keatas: 35%

Produk-produk yg ada/dijual boleh di lihat dilaman ReadNetwork di www.readnetwork.com

Bagi pengusaha-pengusaha tadika/taska amatlah sesuai untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang lebih rendah.


Mengajar Anak-anak mengaji sendiri atau hantar kepada guru

Assalamualaikum..

Apa pendapat muslimin n muslimat semua? Kita patut mengajar anak-anak mengaji sendiri atau guru agama?

Kedua-duanya pun boleh.Tetapi saya sarankan pada peringkat awal adalah lebih elok ibu bapa yang ajar dulu.Barulah ikatan kasih sayang akan lebih erat.Bila anak-anak dah mula mengenal huruf-huruf dan baris-baris, bolehlah hantar ke kelas mengaji yang ada.Jadi mereka dapat belajar tajwif dan maghraj yang betul.

Bagi ibu bapa yang baru hendak mengajar anak-anak mengaji bolehlah mulakan dengan Buku Al-Furqan.Mudah untuk digunakan terutamanya anak-anak yg masih kecil.
Cubalah sendiri.Tak rugi membuat pelaburan Akhirat.Banyak pahala mengajar anak mengaji ni..

Set Al Furqan ini cuma berharga RM 29..Hubungi saya untuk tempahan..014-5441066..

Tazkirah

Assalamualaikum

Marilah sama-sama kita mencari redha Allah dan mencapai Akhirat yang sejati..

Sama-samalah kita kejar:
1. Sedekah jariah
2. Doa anak yg soleh
3. Ilmu yg bermanfaat

Semoga kita bahagia di dunia dan Akhirat..

Rabu, 24 Oktober 2012

PUASA SUNAT PADA HARI ARAFAH

ASSALAMUALAIKUM...

Esok merupakan hari ke 9 dalam bulan Zulhijjah. Hari tersebut merupakan hari umat Islam yang menunaikan Haji berwukuf di Arafah.

Adalah disunatkan bagi orang-orang yang tidak menunaikan haji untuk berpuasa pada hari tersebut.

Dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Marilah sama-sama kita mengambil fadhilat daripada hari tersebut..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Isnin, 22 Oktober 2012

Buku Bacalah Anakku

Assalamualaikum

Bagi ibu-ibu yg tercari-cari buku yg sesuai untuk mula mengajar anak-anak kecil anda membaca, bolehlah mencuba buku Bacalah Anakku.

Buku ini sangat senang digunakan dan terbukti berkesan. Buku ini banyak digunakan di taska dan tadika seluruh negara dan pengajar2 mengakui keberkesanan bahan bacaan ini.

Set bacalah Anakku ini mengandungi 8 buah buku, dan 1 vcd panduan mengajar. Apa tunggu lagi? Belilah untuk anak2 anda....

Hubungi saya di 014-5441066 untuk keterangan lanjut.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mengajar bayi membaca


Assalamualaikum

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan kesihatan yang diberikan.

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu daripada pembacaan yang dilakukan.

Bolehkah bayi membaca? Tak pernah saya terfikir untuk mengajar bayi saya membaca. Tetapi apabila saya membuat carian di internet, rupa-rupanya anak-anak boleh diajar membaca seawal usia 3 bulan.

Kajian telah banyak dilakukan oleh pengkaji-kaji luar negara dan terbukti bayi-bayi yang diajar membaca seawal usia 3 bulan, boleh melahirkan kansk-kanak yang bijak dan lebih berdikari.

Macamana agaknya nak ajar anak seawal usia ini yer? Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memperkenalkan huruf dan bunyi-bunyi huruf. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kad imbas dan video-video berunsurkan pendidikan.

Kad imbas boleh dibeli dimana-mana kedai buku. Video-video pula banyak boleh diperolehi di Youtube. Apabila anak-anak dah nampak mula boleh menyebut huruf-huruf dan bunyi huruf, bolehla dimulakan dengan mengeja pula.

Untuk mengeja juga boleh gunakan kad imbas dengan kombinasi huruf-huruf. Cuba tarik minat anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti menggunakan kad-kad tersebut.

Bila anak-anak sudah kelihatan bosan dengan kad imbas, bolehlah diperkenalkan buku-buku yang dikhususkan untuk mengajar anak-anak membaca. Terdapat pelbagai buku dipasaran yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

Semoga dengan kaedah-kaedah yang dicadangkan ini kita sama-sama dapat mengajar anak-anak membaca seawal usia yang boleh. Saya sendiri pun dalam proses untuk mencuba kaedah-kaedah ini. Semoga ianya berhasil.

Wallahua'lam

Selasa, 16 Oktober 2012

Set BACALAH ANAKKU

Assalamualaikum...

Ni saya nak share sedikit gambar daripada buku BACALAH ANAKKU.

Semoga Bermanfaat.











SET LENGKAP SIRI CEPAT MEMBACA

ASSALAMUALAIKUM

Adakah anda masih ragu-ragu untuk mengajar anak-anak sendiri di rumah??

Dengan Siri Cepat Membaca ini anda tidak perlu ragu-ragu lagi.

Siri ini amat mudah untuk digunakan dan anak-anak akan dapat membaca dalam masa singkat.

Anda tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke tadika/pre school yang mahal.

Anda boleh menjadi cikgu mereka sendiri.

Siri lengkap ini mengandungi 3 set iaitu:

1. Set BACALAH ANAKKU (untuk mengajar anak membaca dalam bahasa Melayu)

2. Set READ EASY (untuk mengajar anak membaca dalam bahasa Inggeris)

3. Set AL-FURQAN (untuk mengajar anak mengaji al-Quran)

Set2 ini telah digunakan ditadika/pre school di seluruh negara dan terbukti keberkesanannya. Kini anda boleh mencuba sendiri dan mengajar anak-anak seawal usia 1 tahun. Set ini dapat memastikan anak-anak anda dapat membaca sebelum melangkah ke alam persekolahan.


Harga Siri ini cuma RM104 sahaja dan postage RM 9 Semenanjung dan RM 12 (Sabah/Sarawak)

Yang berminat boleh hubungi saya di: 014-5441066. Saya juga boleh berkongsi pengalaman saya menggunakan buku ini.


Rabu, 10 Oktober 2012

Pengguna Al Furqan

Assalamualaikum...

Disini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menakjubkan seorang ibu menggunakan buku Al Furqan utk mengajar anaknya membaca Al Quran..

Dulu saya selalu menyangka kanak-kanak akan dapat menerima apa sahaja bentuk pelajaran setelah berumur 3 tahun. Rupa-rupanya saya silap. Kisah ibu darwish dan darwisya berjaya mengajar anaknya membaca Quran sejak bayi lagi. Anak-anak beliau telah berjaya menghafaz 30 juz Al Quran pada usia 3 tahun. Sangat2 mengkagumkan. Anda boleh membaca sendiri pengalaman beliau di sini:

http://darwishndarwisya.blogspot.com/2009/06/kaedah-didikan-imam-shafie.html?m=1

Semoga kita sama-sama dapat belajar sesuatu daripada pengalaman beliau ini. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Selasa, 9 Oktober 2012

PRE Order Bulan Oktober

Assalamualaikum...

Untuk bulan Oktober ini saya ingin perkenalkan beberapa produk baru...

Produk utama yang ingin diperkenalkan ialah :

1. Flash card Cory Cat + Animated VCD

2. Kad Imbas Abu Ada Ayam + VCD Animasi

Kedua-dua produk ini amat sesuai untuk ibu bapa yang baru hendak memulakan mengajar anak-anak membaca terutama yang baru berumur 2 tahun...

Ianya dilengkapi dgn kad-kad imbas yang mengandungi huruf-huruf bersaiz besar...Manakala VCD nya pula dipenuhi dengan lagu-lagu yang menarik..Sangat-sangat sesuai untuk menarik minat si cilik yang masih tidak mengenal huruf..Kedua2 produk ini berharga RM 24.90 dan boleh ditempah mulai sekarang dan stok akan tiba InsyaAllah sebelum AidilAdha..

Produk seterusnya yang ingin diperkenalkan ialah

3. VCD al Furqan + Buku Mewarna Al Furqan

Yang ini mengandungi lagu-lagu tentang huruf-huruf hijaiyah tanpa baris dan berbaris...
Lagu-lagunya sgt menarik sambil mengajar anak-anak mempelajari huruf-huruf Al Quran.. Sangat sesuai untuk anak-anak berumur 2 tahun dan ke atas..Harganya pun sangat murah cuma RM 12 sahaja..

Seterusnya ialah..

4. Kamus Adik

Kamus ini mengandungi 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab..Mengandungi Ilustrasi yang menarik dan berkisar tentang benda2 disekeliling kita..Sangat menarik dan berguna untuk anak-anak yang sudah bersekolah atau yang tadika..Harga nya cuma RM 19.80 sahaja..

Bagi yang berminat bolehla contact saya..014-5441066 (zulaili)

Tazkirah

Assalamualaikum...

Sudah kah kita muhasabah diri kita untuk hari ini?

Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita samada kita telah menjadi hamba Allah yg sebenar atau pun belum...

Marilah sama-sama kita menjadikan diri kita ini bermanfaat kepada orang lain...

Tenangkan hati dengan berzikir dan memaafkan sesama manusia..Lupakan masa lalu dan teruskan perjalananan akan datang dengan tekad yang baru...

Tingkatkanlah Amalan yang Bernilai dan hindarkanlah Mencari Barang Bernilai...

Harta dunia hanya sementara, Amalan akhirat yang kekal bersama...

Infaqkan harta ke JalanNya agar harta yang bermanfaat dapat menjamin Akhirat yang kaya raya...

Sama-samalah kita berusaha menuju tujuan yang satu...


Rasulullah s.a.w. bersabda, ada tiga yang akan menghantar jenazah ke kubur, iaitu keluarganya, hartanya dan 'amalnya. Dua akan kembali dan satu akan tetap bersamanya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan 'amalnya akan tetap setia bersamanya. (HR Bukhari & Muslim)

Isnin, 8 Oktober 2012

PEMBELIAN BORONG BUKU BACALAH ANAKKU, READ EASY, AL-FURQAN DAN MUQADDAM BERGAMBAR

Assalamualaikum...

Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kesihatan yang diberikan.

Sekarang saya menyediakan pembelian secara borong bagi semua buku-buku yang dijual.

Pembelian melebihi 5 buah buku akan diberi diskaun 5%.

Manakala pembelian melebihi 10 buah buku akan diberi diskaun 10%.

Buku boleh dicampur-campur pelbagai jenis.

Jadi boleh pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk mendapatkan harga yang lebih jimat.

Bagi pemilik taska/tadika, bolehla beli borong untuk taska/tadika anda.

Selasa, 2 Oktober 2012

MUQADDAM BERGAMBAR

Assalamualaikum..

Saya nak share sedikit tentang perniagaan baru saya ni..Tak sangka buku yang paling mendapat sambutan setakat ini ialah Muqaddam Bergambar..

Rupa-rupanya ramai ibu bapa kat luar sana yang berminat dengan Muqaddam yang bertulisan besar dan mudah untuk dibaca oleh anak2 ini.

Walaupun harganya sedikit mahal berbanding Muqaddam biasa, tetapi kertas yang digunakan bermutu tinggi dan sesuai untuk digunakan oleh anak2 kecil..

Tapi Muqaddam ini tidak mempunyai pelajaran huruf2 hijaiyah macam Muqaddam biasa. So, saya sarankan ibu bapa yang nak mulakan anak2 dengan Muqaddam eloklah sertakan sekali dengan set Al-Furqan. Ajar secara serentak untuk memudahkan anak2 nampak ape tujuan dan bagaimana nak bezakan huruf2 hijaiyah..

Buku ini sangat2 berguna dan saya sangat puas hati pakai Muqaddam ni..Cubalah sendiri

Bacalah Anakku + ReadEasy + Al Furqan

Assalamualaikum...

Bagi ibu2 yg mempunyai anak2 berumur 3 tahun dan ke atas bolehla mula memperkenal set2 bacaan ini kepada anak2 mereka.

Mula2 kenalkan dgn Al Furqan. Ini kerana pada pendapat saya bdk2 ni mmg azali nya suka pada Quran dan zikir. Maklumla lahir2 lagi dia dh diazankan..

Bila dh nmpk minat tu br teruskan sgn Bacalah Anakku dan ReadEasy..elok dibuat secara serentak supaya dia boleh bezakan terus Malay n English..

Kepada yg berminat dgn buku2 ni boleh terus hubungi saya di 014-5441066.Kalau beli 3 set ni, saya bg pos percuma..:)

Isnin, 1 Oktober 2012

Belajar Mengaji

Assalamualaikum..

Hari ini terpanggil untuk bercerita sikit pasal Muqaddam bergambar..

Dulu masa mula2 nk mengajar anak mengaji Quran, saya beli Muqaddam yg biasa je.Tp anak saya x berapa minat nk guna Muqaddam tu sb tulisan yg digunakan bukan jenis Rasm Uthmani dan agak padat tulisan dalam satu-satu muka surat.

Saya mula la selongkar internet untuk cari Muqaddam yg sesuai dgn bdk2 kecil agar mereka tak rasa bosan bila nk membaca Quran ni. Bdk2 ni mmg mcm tu perangai dia, cepat rasa bosan bila sesuatu x menarik minat dia.

Cari punya cari akhirnya berjumpalah dengan Muqaddam bergambar.Bila tgk je terus jatuh hati sb setiap surah ditulis dalam satu muka surat dan bertulisan besar.Mmg sesuai sgt dgn bdk2.Gambar2 tu xdelah penting sgt, cuma sy suka bila ianya ditulis guna tulisan yg besar dan dalam Rasm Uthmani.

Anak saya mmg dh xnak guna Muqaddam lama bila tgk yg ni.Sb senang nk dibaca tambahan pula dgn dia yg masih bertatih dlm membaca Quran ni.

Alhamdulillah,sekarang ni hari2 dia nk baca Quran sb dia dh boleh baca dgn mudah...