Selasa, 18 September 2012

PROMOSI SET

ASSALAMUALAIKUM

Bersempena ulang tahun kelahiran anak sulung saya yang ke 5, iaitu pada 20 September ini, HZ readnetwork ingin mengadakan promosi pembelian set bacaan pada harga yang amat mengujakan. Promosi ini akan bermula pada hari ini, sehingga 22 hb September sahaja.

Siapa cepat dia dapat...

Set-set yang dimaksudkan ialah:

1. Set BACALAH ANAKKU + Set READ EASY + Set AL-FURQAN + MUQADDAM Bergambar =
HARGA ASAL: RM121.70. HARGA PROMOSI: RM 115 SAHAJA

2. Set BACALAH ANAKKKU + Set AL-FURQAN + MUQADDAM BERGAMBAR = HARGA ASAL: RM81.80.
HARGA PROMOSI: RM 77 SHJ

3. Set AL-FURQAN = MUQADDAM bergambar = HARGA ASAL: RM 44.9. HARGA PROMOSI: RM 42 SAHAJA


CEPAT-CEPAT HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.











BAGI YANG BERMINAT BOLEH SMS JE KE : 0145441066
NAK EMAIL PUN BOLEH: edakwah212@gmail.com atau zue212@yahoo.com

Jumaat, 14 September 2012

Mengajar Anak Mengaji Quran

Assalamualaikum

Kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman mengajar anak membaca Quran ni.

Kebanyakan ibu bapa sekarang ni lebih menekankan supaya anak-anak dapat membaca dalam usia yang masih kecil, tetapi tidak ramai yang menekankan pengajaran Quran kepada anak-anak.

Tadi ada dengar radio Ikim dan ustazah ada bgtau yang sbnrnya sebelum ibu bapa mula mengajar anak2 membaca, sepatutnya mulakan dengan mengajar Quran terlebih dahulu.Bila anak2 mudah menerima bacaan Quran dia akn lebih mudah terima pelajaran lain.

Kadang2 kita sbg ibu bapa pun tak begitu fasih dalam membaca Quran.jd ini dijadikan alasan utk tidak mengajar anak dirumah dan lebih suka mengupah ustaz/ustazah untuk mengajar.Sbnrnya itu tak salah, tp biasanya apabila kita hntar pd ustaz/ustazah anak2 kita sudah besar dan bersekolah.

Apakata kalau kita mulakan mengajar anak mengenal Quran bermula pada usia yang awal.Tak perlu mengajar tajwid atau makhraj2 yg susah.cukup sekadar perkenalkan huruf dan baris2 dalam Quran.

Apabila anak2 dah pandai menyebut huruf2 dan membaca beberapa sambungan ayat,bolehla kita mengupah ustaz/ustazah utk dtg ke rumah atau ke rumah mrk.Pada masa yg sama kita pun boleh sertai mrk jg.sama2 bljr makhraj huruf yg betul dan tajwid yg betul.

Itu lebih baik drp kita xpernah mengajar anak langsung.jd anak2 akan lebih menghormati kita sbg ibu bapa dan guru mereka.Ini merupakan cdngan yg ustazah kat ikim tu sarankan.Saya setuju sgt dgn cdgan tu sb dulu saya pun diajar oleh ayah sblm saya dihantar kpd guru Quran.Jadi secara tidak lgsg kita akn lebih menghargai ibu bapa kita.

Pengalaman saya mengajar anak sendiri mmg mencabar kesabaran jg.Sb bdk2 ni dia cepat letih dan bosan dgn benda2 yg duduk setempat ni.Jadi biasanya saya cuma hanya akan ajar anak saya 5 minit je sehari.Lebih drp tu dia akn mula mengamuk dan tak boleh nak fokus.

Tak perlu nak paksa anak2 ni.Cukup sekadar mengikut kemampuan mereka.Ajar sikit2 asalkan mereka dapat terima inputnya.Sbg contoh anak saya, ms sy ajar ayat2 pnjg skit mst dia xleh nk sebut dan mula mengamuk cakap xreti dan xtahu.Jadi saya ckp ikut je dulu,lepas tu stop.Saya stop utk hr tu tanpa paksa dia buat sampai pandai.Tetapi esoknya bila kita suruh baca apa yg smlm dia xboleh baca,laju je dia boleh baca.Sbnr nya bdk2 ni dia cpt tangkap, cuma mgkin waktu tu dia dh penat dan xleh nk fokus.Jadi kita stop je dulu dan sambung pada masa yg lain.Kadang2 sy hnya ajar anak saya 2/3 minit je sb dia dh xboleh fokus lg.

Bdk2 kecil mmg dia akan cpt hilang fokus, jadi jgn paksa sgt. Biarkan mereka bljr sikit asalkan diorg tidak hilang minat terus klu di paksa2.Cari masa yg sesuai utk ajar mereka.Contohnya selepas subuh atau sewaktu org lain tiada dirumah.Waktu tu mmg saya tgk amat mudah anak saya dpt apa yg diajar.

Saya mula ajar anak guna buku Al Furqan sb ianya dicetak atas kertas berwarna dan tulisan besar2.Mudah nk tarik minat anak kecil.Bila dah hbis satu set Al Furqan barulah saya sambung dengan Buku Iqra' yang selalu digunakan disekolah2.Buku Iqra ni saya start dgn buku 3 terus sb buku 1 dan 2 lebih kurang sama dgn buku Al Furqan ni. Buku Furqan ni jgk dicetak atas kertas yang berkualiti dan sesuai untuk ajar anak2 kecil yg sememangnya agak lasak.

Dulu nak cr buku Al Furqan ni susah sgt, so skrg saya ambil keputusan nk jual buku ni agar org lain ada sunber untuk beli buku ni.

So sape2 yang nk beli buku ni boleh contact saya di 014-5441066 atau email je:zue212@yahoo.com

Harga satu set cuma RM 29.90 dan dalam satu set ada 4 buah buku dan satu vcd panduan mengajar.

Moga kita sama2 mendapat manfaat.

Khamis, 13 September 2012

Pengalaman Ajar Anak Guna Buku Bacalah Anakku

Assalamualaikum

Ni nak kongsi sedikit pengalaman masa ajar anak gunakan SET Membaca BACALAH ANAKKU..
Anak saya yang sulong dah umur 5 tahun dan tahun ni baru saya start masukkan dia ke sekolah sebab memang dia ni jenis liat nak suruh belajar.

Walaupun dah sekolah, banyak juga masalahnya, pagi2 mesti menangis tak nak pergi sekolah. Baju tak kena lah..perut sakitlah..cikgu garanglah..macam-macam.

Masa mula-mula nak masukkan dia kesekolah memang risau sangat, sebab kat rumah bila saya mula je nak start ajar ABC mesti macam2 alasan yang dikeluarkan. Mengantuklah..letihlah..Mungkin sb budak lelaki kot. Bab2 belajar ni malas sikit..

So sebelum dia nak masuk sekolah, saya ingat nak buatla persiapan sikit.At least tak ada la dia terkejut bila cikgu start mengajar kat sekolah nanti. So saya mulalah mencari buku-buku yang mungkin dapat tarik minat anak lelaki saya yang liat ni. Cari punya cari kat kedai2 buku, tak jumpa buku yang dapat memnuhi citarasa. Akhirnya terpaksala bergantung kepada sumber internet. Search punye search akhirnya terjumpalah set buku BACALAH ANAKKU ni. Yang menariknya, penulis buku ni adalah teacher saya masa sekolah menengah dulu. Tapi sempat belajar kejap je dengan dia sebab dia bersara awal. Padahal umur dia masa tu baru 30++. Barulah tahu rupanya dia dah jadi penulis buku ni masa dia nak bersara tu. nak tumpukan sepenuh perhatian kot.

Oleh sb teacher yang kusayangi yang tulis buku ni, dan memang masa dia mengajar dulu memang dia tahu macamana nak ajar murid2 dia sampai faham, akhirnya buku inilah yang jadi pilihan. Orderlah buku ni melalui internet sb xjumpa kat kedai buku. Mula-mula tu memang la susah nak mintak dia tumpukan perhatian..mengajar pun sambil dia berlari-lari. Takpelah asalkan melekat kat kepala dia. Sambil ajar dia rupanya adik dia yang umur 2 tahun lebih pun ikut sekali. Tup-tup adik yang boleh tangkap pelajaran dulu.
So si abang apa lagi, bila nampak adik dia dah pandai dia belum, barulah nak bagi tumpuan sikit. Tu pun sikit jelah..sikit pun jadilah kan daripada tak ada. Bila dia dah start sekolah, cikgu start ajar apa yang saya dah ajar kat rumah. Jadi dia dah boleh paham sikit-sikit, dan lebih cepat tangkap apa yang cikgu ajar kat sekolah. dari situ baru dia mula tertarik untuk belajar membaca ni.

Kat sekolah cikgu guna buku lain. So saya kat rumah cuma tambah apa yang cikgu dia ajar kat sekolah jelah. Saya ajar sebelum cikgu start mengajar. Jadi dia rasa lebih pandai masa kat sekolah, dan lebih minat nak belajar. Alhamdulillah, walaupun saya cuma guna buku ni sekali seminggu je. Tapi dalam masa 6 bulan dia dah boleh membaca dengan lancar dah. Adik dia yang mengikut sekali pun dah boleh membaca. Tapi si adik tak banyaklah, sebab saya tak ajar dia secara khusus, cuma dia ikut2 je masa abang dia baca.InsyaAllah bila dia dah nak masuk 4 tahun bolehla start ajar dia plak. Ajar awal sangat ni takut dah besar nanti jadi boring plak kan.

Untuk ibu-ibu yang tercari-cari bahan bacaan untuk anak-anak memang buku ini sangat sesuai sekali. Boleh ajar anak-anak ikut style diorang. Tak perlu nak ikut panduan yang diberikan sebab setiap kanak-kanak lain cara penerimaan mereka. Kalau jenis anak-anak yang memang minat nak belajar mungkin boleh pandai membaca dalam masa yang singkat je.Anak saya yang liat ni pun boleh dilentur apatah lagi anak-anak yang lebih senang diajarkan. Tapi jangan terlalu memaksa, biarkan mereka dunia mereka juga. Jangan kerana kita nak anak pandai sehingga mereka terseksa. Ajar hanya ketika mereka mahu. InsyaAllah mereka akan timbul minat sendiri.

Buku-buku ni walaupun dah habis ajar si abang tapi masih elok lagi. Nanti boleh gunakan untuk si adik pula. Memang kertas yang dicetak berkualiti tinggi. Jadi tak rugi kalau beli.

Ada yang nak beli? Bolehla hubungi saya di 014-5441066 atau email je di zue212@yahoo.com

Kelebihan Membahagiakan Anak

Daripada Aisyah R.ha katanya,

“Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith:
* Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
* Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
* Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
* Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Rabu, 12 September 2012

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Assalamualaikum

Hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang diperolehi jika dikongsi akan bertambah manfaatnya. Semoga dengan perkongsian ini kita semua akan sentiasa berada dibawah naungan SHAFAAT Allah SWT.


Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat Muslim)


Bersama-samalah kita muhasabah diri kita. Saya sebenarnya tujukan benda ini kepada diri saya sendiri kerana sering sahaja melalaikan diri sendiri dengan tidur yang panjang sehingga sering bangun lewat untuk bersolat Subuh.

Sebentar tadi saya baru sahaja mendengar seorang Ustaz berkata, kita ni banyak melakukan kerosakan ke atas diri sendiri secara sedar atau tidak. Sebagai manusia yang sering melakukan kesalahan, sepatutnya kita sentiasa cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadat. Dan waktu yang paling afdal untuk melakukannya ialah pada waktu pagi iaitu di sepertiga malam. Kalau orang macam saya ni, dah la Subuh pun lewat, apatah lagi nak bangun solat MALAM. Tapi ustaz tu ada memberikan cadangan yang mungkin boleh kita lakukan bersama. Dia bagitau kalau kita tak boleh nak bangun malam, apa salahnya kalau kita bangun macam nak makan sahur. Jadi kita boleh solat beberapa rakaat sebelum Subuh dan dalam masa yang sama kita takkan bangun lewat untuk Subuh. Takkan lah bulan Ramadhan boleh bangun makan, bulan lain tak boleh nak buat perkara yang sama. Cuma tukarkan rutin makan itu kepada ibadat.

Adoi terasa juga kata-kata ustaz tu bila dipikirkan yang kita ni makan boleh je buat, tapi bila bab ibadat liat jer. Marilah sama-sama kita ubah rutin harian kita, menjadi rutin harian baru yang lebih baik. Saya akan cuba buat, apa kata sahabat-sahabat juga buat perkara sama.

Sama-sama kita mengimarahkan BUMI ALLAH ini dengan mengingatiNYA. SEGALA YANG BAIK ITU DARIPADA ALLAH. DAN YANG BURUK ITU DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI. Mohon Maaf sekiranya terdapat apa-apa info yang salah. Wallahua'lam.

Isnin, 10 September 2012

Read Easy

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin perkenalkan set belajar membaca ReadEasy.

Set ini akan mengajar anak-anak untuk membaca dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat 8 buah buku dalam set ini dan 1 cd panduan mengajar untuk ibu bapa. Terdapat juga beberapa keping kad imbas/flash card sebagai alat bantu mengajar.



Harga cuma RM 39.90 (Tidak termasuk kos pos) Kertas berkualiti tinggi dan tidak mudah koyak walaupun terkena air. Sahabat-sahabat yang berminat bolehlah hubungi saya (Norzulaili) di: 014-5441066 (sms) atau zue212@yahoo.com

Muqaddam Bergambar

Assalamualaikum... Ini merupakan Muqaddam yang mengandungi Juz Amma. Amat sesuai untuk anak-anak kecil yang baru didedahkan dengan Al-Quran. Terdapat gambar-gambar yang berwarna warni untuk menarik minat anak-anak kecil. Gambar-gambar tersebut memberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai surah yang di baca. Muqaddam ini dimulakan dengan surah Al-Fatihah. Seterusnya surah An-nas dan diakhiri dengan surah An-Naba'. Ada sesetengah Muqaddam dimulakan dengan surah An-Naba', jadi agak sukar untuk mengajar anak-anak. Jadi Muqaddam ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana ianya dimulakan dengan surah An-Nas terlebih dahulu. Tulisan yang digunakan ialah Rasm Uthmani dan bersaiz besar. Jadi sangat-sangat sesuai untuk bacaan anak-anak yang masih kecil. Terdapat juga terjemahan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan jawi. Jadi ibu bapa juga dapat memanfaatkan Muqaddam ini. Disamping ini, satu cd Juz Amma juga diberikan secara percuma. Cd ini boleh digunakan didalam kenderaan untuk didengari semasa dalam perjalanan dan juga amat bermanfaat untuk menghafal ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran. Ini beberapa gambar daripada Muqaddam ini agar dapat dijadikan contoh: Untuk sahabat-sahabat yang berminat bolehla hubungi saya (Norzulaili): 014-5441066 (sms) atau zue212@yahoo.com (email 24jam) Harga Muqaddam ini hanya RM 15 sahaja. Cepat-cepat sebelum kehabisan stok.

Siri Cepat Membaca BACALAH ANAKKU.

ASSALAMUALAIKUM.. Apa khabar sahabat-sahabat semua. Kali ini mari saya perkenalkan pula buku siri cepat membaca BACALAH ANAKKU. Buku ini ditulis dengan menekankan sistem fonetik. Ianya telah terbukti berkesan dan menggunakan suku kata yang mudah untuk dipelajari oleh-oleh anak-anak. Buku ini boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 2 tahun. Ada juga yang start guna pada anak mereka yang berumur 1 tahun. Umur 3 tahun dah boleh baca buku. Ini memudahkan anak-anak menempuh alam persekolahan. Buku ini dalam satu set mengandungi 8 buah buku dan diberikan beberapa keping kad imbas (flash card) sebagai alat bantu mengajar. 1 vcd untuk panduan ibu bapa bagaimana cara untuk memulakan pelajaran juga ada disediakan. Jadi ibu bapa tidak perlu risau, kerana vcd ini ada menyediakan cara yang berkesan untuk menggunakan buku-buku ini. Ini saya sediakan sedikit gambar-gambar beberapa muka surat daripada buku BACALAH ANAKKU ini. Buku 1 dan 2 mengandungi huruf-huruf yang lebih besar manakala buku-buku selanjutnya dikecilkan huruf-huruf mengikut tahap anak-anak.
Bagi yang berminat boleh terus hubungi saya (Norzulaili) di: 014-5441066 (sms)atau zue212@yahoo.com (email 24jam) Harga set ini cuma RM 36.90 sahaja.

Siri Cepat Membaca Quran: AL-FURQAN

Assalamualaikum... Buku pertama yang saya ingin perkenalkan di sini ialah buku untuk belajar membaca Al-Quran yang diberi nama Al-Furqan. Dalam satu set terdapat 4 buah buku. Dalam buku 1, tulisan agak besar skit, mungkin untuk tarik minat anak-anak kecil untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah ini. Ada jugak gambar-gambar untuk mudah kita membuat contoh-contoh bunyi. Contohnya huruf mim dengan baris di atas, dia letak gambar MAMA untuk memudahkan anak-anak ingat bunyi MA. Cara dia cuba buat tu memsang menarik. Anak-anak saya yang umur 2 tahun dah boleh baca huruf hijaiyah ni dengan baris. Dalam buku 2 pulak, huruf-huruf dikecilkan sedikit, yelah budak-budak dah kenal huruf-huruf tu semua kan. Ada juga ditunjukkan macamana huruf yang bersambung dan mula mengenal baris bawah dan baris hadapan. Buku 3 dan 4 adalah lanjutan daripada buku 1 dan 2 iaitu untuk pemantapan bacaan dengan memberikan ayat-ayat yang lebih panjang. Buku ini memang sangat menarik berbanding buku-buku lain yang ada dipasaran. Dia dicetak diatas kertas yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Kalau terkena air pun susah nak terkoyak, tak macam-macam buku-buku lain. Bagi saya buku ini sangat sesuai digunakan untuk anak-anak kecil yang berumur 2 tahun keatas. Bila anak-anak dah pandai bercakap bolehla satrt gunakan buku ini. Dah habis guna buku ini bolehla teruskan dengan mengajar baca Muqaddam ataupun boleh teruskan dengan buku IQRA (buku 3).
Bagi yang berminat bolehla order untuk anak-anak anda. Harga buku ini satu set cuma RM29.90 sahaja. Hubungi je saya bila-bila masa. Saya sedia membantu mana yang termampu. Selamat mengajar anak-anak membaca Quran. Hubungi: Norzulaili: 014-5441066 (sms senang sikit) zue212@yahoo.com (email 24jam)

Ahad, 9 September 2012

Kedai Online

Assalamualaikum Sudah lama saya tercari cari bisnes yang boleh dijalankan secara online dan dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada pengguna yang lain. Matlamat keuntungan bukanlah matlamat utama tetapi sekadar ingin membantu teman-teman yang senasib. Akhirnya saya menemui satu peluang yang boleh memberikan faedah kepada saya dan juga kepada pengguna. Saya sekarang sedang berjinak-jinak dengan perniagaan menjual buku secara online. Sekarang ini saya ingin tumpukan dulu untuk menjual buku atau bahan bacaan untuk anak kecil. Ini kerana sebelum ini saya juga mengalami kesukaran untuk mencari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak saya. Diharapkan dengan adanya kedai online ini dapat membantu sahabat-sahabat yang juga menemui jalan buntu dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak. Buku-buku yang bakal saya jual ini merupakan buku-buku yang pernah dijadikan bahan bacaan anak-anak saya sendiri. Semoga buku-buku yang pernah dimanfaatkan olah anak-anak saya dapat dimanfaatkan pula oleh anak-anak yang lain. Bukanlah bermakna bukan second hand tapi buku yang telah diuji keberkesanannya oleh anak-anak saya le li. Stok buku semua baru tau. xpernah buka dan masih dalam bungkusan yang cantik. Oleh kerana bisnes ni masih baru, so xleh nk bagi diskaun banyak-banyak sebab stok yang diambil pun skit. Nanti bila dah ok skit mungkin boleh ambil stok banyak- banyak dan harga pun boleh dikurangkan banyak sikit. Harap boleh jalanlah bisnes ni yer. Dalam post akan datang saya akan post kan produk yang saya cuba jual dan dari semasa ke semasa saya akan cuba tambah produk baru pulak. Nantikan post tersebut. Wassalam.