Rabu, 12 September 2012

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Assalamualaikum

Hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang diperolehi jika dikongsi akan bertambah manfaatnya. Semoga dengan perkongsian ini kita semua akan sentiasa berada dibawah naungan SHAFAAT Allah SWT.


Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. (Hadis Riwayat Muslim)


Bersama-samalah kita muhasabah diri kita. Saya sebenarnya tujukan benda ini kepada diri saya sendiri kerana sering sahaja melalaikan diri sendiri dengan tidur yang panjang sehingga sering bangun lewat untuk bersolat Subuh.

Sebentar tadi saya baru sahaja mendengar seorang Ustaz berkata, kita ni banyak melakukan kerosakan ke atas diri sendiri secara sedar atau tidak. Sebagai manusia yang sering melakukan kesalahan, sepatutnya kita sentiasa cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadat. Dan waktu yang paling afdal untuk melakukannya ialah pada waktu pagi iaitu di sepertiga malam. Kalau orang macam saya ni, dah la Subuh pun lewat, apatah lagi nak bangun solat MALAM. Tapi ustaz tu ada memberikan cadangan yang mungkin boleh kita lakukan bersama. Dia bagitau kalau kita tak boleh nak bangun malam, apa salahnya kalau kita bangun macam nak makan sahur. Jadi kita boleh solat beberapa rakaat sebelum Subuh dan dalam masa yang sama kita takkan bangun lewat untuk Subuh. Takkan lah bulan Ramadhan boleh bangun makan, bulan lain tak boleh nak buat perkara yang sama. Cuma tukarkan rutin makan itu kepada ibadat.

Adoi terasa juga kata-kata ustaz tu bila dipikirkan yang kita ni makan boleh je buat, tapi bila bab ibadat liat jer. Marilah sama-sama kita ubah rutin harian kita, menjadi rutin harian baru yang lebih baik. Saya akan cuba buat, apa kata sahabat-sahabat juga buat perkara sama.

Sama-sama kita mengimarahkan BUMI ALLAH ini dengan mengingatiNYA. SEGALA YANG BAIK ITU DARIPADA ALLAH. DAN YANG BURUK ITU DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI. Mohon Maaf sekiranya terdapat apa-apa info yang salah. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan