Isnin, 10 September 2012

Siri Cepat Membaca Quran: AL-FURQAN

Assalamualaikum... Buku pertama yang saya ingin perkenalkan di sini ialah buku untuk belajar membaca Al-Quran yang diberi nama Al-Furqan. Dalam satu set terdapat 4 buah buku. Dalam buku 1, tulisan agak besar skit, mungkin untuk tarik minat anak-anak kecil untuk mengenal huruf-huruf hijaiyah ini. Ada jugak gambar-gambar untuk mudah kita membuat contoh-contoh bunyi. Contohnya huruf mim dengan baris di atas, dia letak gambar MAMA untuk memudahkan anak-anak ingat bunyi MA. Cara dia cuba buat tu memsang menarik. Anak-anak saya yang umur 2 tahun dah boleh baca huruf hijaiyah ni dengan baris. Dalam buku 2 pulak, huruf-huruf dikecilkan sedikit, yelah budak-budak dah kenal huruf-huruf tu semua kan. Ada juga ditunjukkan macamana huruf yang bersambung dan mula mengenal baris bawah dan baris hadapan. Buku 3 dan 4 adalah lanjutan daripada buku 1 dan 2 iaitu untuk pemantapan bacaan dengan memberikan ayat-ayat yang lebih panjang. Buku ini memang sangat menarik berbanding buku-buku lain yang ada dipasaran. Dia dicetak diatas kertas yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Kalau terkena air pun susah nak terkoyak, tak macam-macam buku-buku lain. Bagi saya buku ini sangat sesuai digunakan untuk anak-anak kecil yang berumur 2 tahun keatas. Bila anak-anak dah pandai bercakap bolehla satrt gunakan buku ini. Dah habis guna buku ini bolehla teruskan dengan mengajar baca Muqaddam ataupun boleh teruskan dengan buku IQRA (buku 3).
Bagi yang berminat bolehla order untuk anak-anak anda. Harga buku ini satu set cuma RM29.90 sahaja. Hubungi je saya bila-bila masa. Saya sedia membantu mana yang termampu. Selamat mengajar anak-anak membaca Quran. Hubungi: Norzulaili: 014-5441066 (sms senang sikit) zue212@yahoo.com (email 24jam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan