Ahad, 9 September 2012

Kedai Online

Assalamualaikum Sudah lama saya tercari cari bisnes yang boleh dijalankan secara online dan dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada pengguna yang lain. Matlamat keuntungan bukanlah matlamat utama tetapi sekadar ingin membantu teman-teman yang senasib. Akhirnya saya menemui satu peluang yang boleh memberikan faedah kepada saya dan juga kepada pengguna. Saya sekarang sedang berjinak-jinak dengan perniagaan menjual buku secara online. Sekarang ini saya ingin tumpukan dulu untuk menjual buku atau bahan bacaan untuk anak kecil. Ini kerana sebelum ini saya juga mengalami kesukaran untuk mencari bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak saya. Diharapkan dengan adanya kedai online ini dapat membantu sahabat-sahabat yang juga menemui jalan buntu dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak. Buku-buku yang bakal saya jual ini merupakan buku-buku yang pernah dijadikan bahan bacaan anak-anak saya sendiri. Semoga buku-buku yang pernah dimanfaatkan olah anak-anak saya dapat dimanfaatkan pula oleh anak-anak yang lain. Bukanlah bermakna bukan second hand tapi buku yang telah diuji keberkesanannya oleh anak-anak saya le li. Stok buku semua baru tau. xpernah buka dan masih dalam bungkusan yang cantik. Oleh kerana bisnes ni masih baru, so xleh nk bagi diskaun banyak-banyak sebab stok yang diambil pun skit. Nanti bila dah ok skit mungkin boleh ambil stok banyak- banyak dan harga pun boleh dikurangkan banyak sikit. Harap boleh jalanlah bisnes ni yer. Dalam post akan datang saya akan post kan produk yang saya cuba jual dan dari semasa ke semasa saya akan cuba tambah produk baru pulak. Nantikan post tersebut. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan