Isnin, 10 September 2012

Muqaddam Bergambar

Assalamualaikum... Ini merupakan Muqaddam yang mengandungi Juz Amma. Amat sesuai untuk anak-anak kecil yang baru didedahkan dengan Al-Quran. Terdapat gambar-gambar yang berwarna warni untuk menarik minat anak-anak kecil. Gambar-gambar tersebut memberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai surah yang di baca. Muqaddam ini dimulakan dengan surah Al-Fatihah. Seterusnya surah An-nas dan diakhiri dengan surah An-Naba'. Ada sesetengah Muqaddam dimulakan dengan surah An-Naba', jadi agak sukar untuk mengajar anak-anak. Jadi Muqaddam ini sangat sesuai untuk anak-anak kerana ianya dimulakan dengan surah An-Nas terlebih dahulu. Tulisan yang digunakan ialah Rasm Uthmani dan bersaiz besar. Jadi sangat-sangat sesuai untuk bacaan anak-anak yang masih kecil. Terdapat juga terjemahan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan jawi. Jadi ibu bapa juga dapat memanfaatkan Muqaddam ini. Disamping ini, satu cd Juz Amma juga diberikan secara percuma. Cd ini boleh digunakan didalam kenderaan untuk didengari semasa dalam perjalanan dan juga amat bermanfaat untuk menghafal ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran. Ini beberapa gambar daripada Muqaddam ini agar dapat dijadikan contoh: Untuk sahabat-sahabat yang berminat bolehla hubungi saya (Norzulaili): 014-5441066 (sms) atau zue212@yahoo.com (email 24jam) Harga Muqaddam ini hanya RM 15 sahaja. Cepat-cepat sebelum kehabisan stok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan