Khamis, 13 September 2012

Pengalaman Ajar Anak Guna Buku Bacalah Anakku

Assalamualaikum

Ni nak kongsi sedikit pengalaman masa ajar anak gunakan SET Membaca BACALAH ANAKKU..
Anak saya yang sulong dah umur 5 tahun dan tahun ni baru saya start masukkan dia ke sekolah sebab memang dia ni jenis liat nak suruh belajar.

Walaupun dah sekolah, banyak juga masalahnya, pagi2 mesti menangis tak nak pergi sekolah. Baju tak kena lah..perut sakitlah..cikgu garanglah..macam-macam.

Masa mula-mula nak masukkan dia kesekolah memang risau sangat, sebab kat rumah bila saya mula je nak start ajar ABC mesti macam2 alasan yang dikeluarkan. Mengantuklah..letihlah..Mungkin sb budak lelaki kot. Bab2 belajar ni malas sikit..

So sebelum dia nak masuk sekolah, saya ingat nak buatla persiapan sikit.At least tak ada la dia terkejut bila cikgu start mengajar kat sekolah nanti. So saya mulalah mencari buku-buku yang mungkin dapat tarik minat anak lelaki saya yang liat ni. Cari punya cari kat kedai2 buku, tak jumpa buku yang dapat memnuhi citarasa. Akhirnya terpaksala bergantung kepada sumber internet. Search punye search akhirnya terjumpalah set buku BACALAH ANAKKU ni. Yang menariknya, penulis buku ni adalah teacher saya masa sekolah menengah dulu. Tapi sempat belajar kejap je dengan dia sebab dia bersara awal. Padahal umur dia masa tu baru 30++. Barulah tahu rupanya dia dah jadi penulis buku ni masa dia nak bersara tu. nak tumpukan sepenuh perhatian kot.

Oleh sb teacher yang kusayangi yang tulis buku ni, dan memang masa dia mengajar dulu memang dia tahu macamana nak ajar murid2 dia sampai faham, akhirnya buku inilah yang jadi pilihan. Orderlah buku ni melalui internet sb xjumpa kat kedai buku. Mula-mula tu memang la susah nak mintak dia tumpukan perhatian..mengajar pun sambil dia berlari-lari. Takpelah asalkan melekat kat kepala dia. Sambil ajar dia rupanya adik dia yang umur 2 tahun lebih pun ikut sekali. Tup-tup adik yang boleh tangkap pelajaran dulu.
So si abang apa lagi, bila nampak adik dia dah pandai dia belum, barulah nak bagi tumpuan sikit. Tu pun sikit jelah..sikit pun jadilah kan daripada tak ada. Bila dia dah start sekolah, cikgu start ajar apa yang saya dah ajar kat rumah. Jadi dia dah boleh paham sikit-sikit, dan lebih cepat tangkap apa yang cikgu ajar kat sekolah. dari situ baru dia mula tertarik untuk belajar membaca ni.

Kat sekolah cikgu guna buku lain. So saya kat rumah cuma tambah apa yang cikgu dia ajar kat sekolah jelah. Saya ajar sebelum cikgu start mengajar. Jadi dia rasa lebih pandai masa kat sekolah, dan lebih minat nak belajar. Alhamdulillah, walaupun saya cuma guna buku ni sekali seminggu je. Tapi dalam masa 6 bulan dia dah boleh membaca dengan lancar dah. Adik dia yang mengikut sekali pun dah boleh membaca. Tapi si adik tak banyaklah, sebab saya tak ajar dia secara khusus, cuma dia ikut2 je masa abang dia baca.InsyaAllah bila dia dah nak masuk 4 tahun bolehla start ajar dia plak. Ajar awal sangat ni takut dah besar nanti jadi boring plak kan.

Untuk ibu-ibu yang tercari-cari bahan bacaan untuk anak-anak memang buku ini sangat sesuai sekali. Boleh ajar anak-anak ikut style diorang. Tak perlu nak ikut panduan yang diberikan sebab setiap kanak-kanak lain cara penerimaan mereka. Kalau jenis anak-anak yang memang minat nak belajar mungkin boleh pandai membaca dalam masa yang singkat je.Anak saya yang liat ni pun boleh dilentur apatah lagi anak-anak yang lebih senang diajarkan. Tapi jangan terlalu memaksa, biarkan mereka dunia mereka juga. Jangan kerana kita nak anak pandai sehingga mereka terseksa. Ajar hanya ketika mereka mahu. InsyaAllah mereka akan timbul minat sendiri.

Buku-buku ni walaupun dah habis ajar si abang tapi masih elok lagi. Nanti boleh gunakan untuk si adik pula. Memang kertas yang dicetak berkualiti tinggi. Jadi tak rugi kalau beli.

Ada yang nak beli? Bolehla hubungi saya di 014-5441066 atau email je di zue212@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan