Isnin, 1 Oktober 2012

Belajar Mengaji

Assalamualaikum..

Hari ini terpanggil untuk bercerita sikit pasal Muqaddam bergambar..

Dulu masa mula2 nk mengajar anak mengaji Quran, saya beli Muqaddam yg biasa je.Tp anak saya x berapa minat nk guna Muqaddam tu sb tulisan yg digunakan bukan jenis Rasm Uthmani dan agak padat tulisan dalam satu-satu muka surat.

Saya mula la selongkar internet untuk cari Muqaddam yg sesuai dgn bdk2 kecil agar mereka tak rasa bosan bila nk membaca Quran ni. Bdk2 ni mmg mcm tu perangai dia, cepat rasa bosan bila sesuatu x menarik minat dia.

Cari punya cari akhirnya berjumpalah dengan Muqaddam bergambar.Bila tgk je terus jatuh hati sb setiap surah ditulis dalam satu muka surat dan bertulisan besar.Mmg sesuai sgt dgn bdk2.Gambar2 tu xdelah penting sgt, cuma sy suka bila ianya ditulis guna tulisan yg besar dan dalam Rasm Uthmani.

Anak saya mmg dh xnak guna Muqaddam lama bila tgk yg ni.Sb senang nk dibaca tambahan pula dgn dia yg masih bertatih dlm membaca Quran ni.

Alhamdulillah,sekarang ni hari2 dia nk baca Quran sb dia dh boleh baca dgn mudah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan