Rabu, 20 Februari 2013

Apakah sebenar My Qalam ni?

My Qalam Al Quran read pen

Apakah itu My Qalam?
Quran Digital My Qalam dan My Qalam read pen adalah salah satu produk Quran digital bagi memudahkan pembacaan Al-Quran Al Karim dengan format sentuh dan baca. Ia popular di kalangan umat Islam untuk mendengar atau membaca atau mempelajari ayat-ayat Suci Al-Quran bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Kelebihan Quran My Qalam ini adalah bacaan sepatah-sepatah oleh Qari bagi keseluruhan Al-Quran untuk tujuan pembelajaran.

Fungsi baca dan terjemah juga secara automatik disediakan.

Bahagian yang paling menarik adalah peranti Pen Quran yang dibina pembesar suara (speaker) dan boleh menyambungkan alat pendengar (earphone) kerana ia membaca bermula dari mana anda mahu, dengan menunjuk peranti pada mana-mana Surah atau ayat Al-Quran. Ia juga mampu untuk membaca surah atau ayat dengan hanya menyentuh di permukaan Al-Quran atau Buku-buku yang disediakan.

Kitab Suci Al Quran My Qalam ini lengkap dengan tulisan mushaf rasm uthmani dan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain itu, Buku Iqra yang ringkas dan kemas juga disediakan. Sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak dalam pembelajaran iqra, doa-doa lazim dan cara-cara menunaikan solat.

Kelebihan:

Penggunaan Pen yang mudah dan mesra pengguna.
Tunjuk atau sentuh pen pada ayat atau Surah pilihan anda (hanya huruf Al-Quran bercetak) dan mula mendengar.
Bacaan juga boleh dilakukan melalui kad Surah Index. Hanya sentuh pada nama Surah, dan keseluruhan surah akan dibacakan.

Mempunyai 6 pilihan Qari:
Ibrahim Ahmed Mir Mohammadi
Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi
Sheikh Mahir Al-Muayqal
Ahmed Ali Al-Ajmi
Sheikh Mahmoud Khalil Al-Husary

Terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris disediakan.
Pilihan untuk menyimpan bacaan anda atau rakam suara,
(File format: MP3) terkandung di dalam Pen. Mempunyai 2GB memori.

Cetakan Al-Quran yang cantik (Gaya Othmanic)

Ciri-ciri am:
Reka bentuk pintar
2GB memori dalaman
Pen yang cantik dan pembungkusan yang menarik
Sambungan ke computer peribadi menggunakan USB
Padam secara automatic jika tidak digunakan selepas 3 minit
Menggunakan Li-Ion bateri yang mampu bertahan sehingga 6 jam tanpa henti
Bunyi yang jelas dan kuat dengan terbina pembesar suara dan disediakan juga alat pendengar (earphone)

Fungsi Quran Digital My Qalam:
Quran Digital My Qalam meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran untuk pelajar . Dengan sokongan audio, ia akan memudahkan lagi pembelajaran antaranya:
Kelancaran membaca
Perbendaharaan kata Arab
Kefahaman
Ejaan
Sebutan
perbendaharaan kata akademik
dan struktur tatabahasa





Tiada ulasan:

Catat Ulasan